WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

LELAKI BERNAFAS GUNA PARU-PARU BESI SELAMA 70 TAHUN

Teknik 'bernafas katak' yang dipraktik oleh Paul membolehkan dia meninggalkan mesin itu selama beberapa minit pada satu masa - Mitch Summers / Youtube


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat, Paul Alexander merupakan salah seorang pesakit yang masih menggunakan paru-paru besi untuk bernafas, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Paul dan rakan senegaranya, Martha Lillard memerlukan bantuan mesin itu untuk bernafas selepas dijangkiti penyakit polio 70 tahun lalu.

“Dia tidak sepatutnya hidup,” kata doktor ketika Paul yang berusia enam tahun, terbaring di dalam paru-paru besi. Bagaimanapun, lelaki itu mampu bertahan hidup selama 70 tahun.

Paul lumpuh selepas diserang penyakit polio, sejenis jangkitan virus serius yang boleh menjejaskan saraf tunjang pada 1952.

Dia hanya boleh menggerakkan kepala, leher dan mulutnya, serta nyaris meninggal dunia sebelum doktor memasukkannya ke dalam paru-paru besi.

Mesin itu telah membantunya hidup selama tujuh dekad. Dia dianggap sebagai salah seorang daripada dua manusia yang masih tinggal di dalam mesin bersaiz 2.1 meter itu.

Martha pula menghabiskan selama 69 tahun di dalam mesin itu selepas dijangkiti polio semasa kecil.

Penyakit polio kebanyakannya dihapuskan di Barat, tetapi tahun 1950-an menyaksikan wabak itu sangat dahsyat. Dua warga AS itu adalah antara yang terselamat.

Lelaki itu digelar ‘Polio Paul’ kerana tinggal di dalam ventilator paru-paru besi selama lebih 70 tahun.

Paul yang kini berusia 76 tahun diiktiraf Guinness World Records sebagai manusia yang menghabiskan masa paling lama tinggal dalam paru-paru besi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini