WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

GEMPA SYRIA: BAPA MAUT LINDUNGI ANAK MASIH HIDUP

Jasad bapa yang tidak bernyawa (kiri), manakala kanak-kanak (kanan) yang masih hidup dikeluarkan dari runtuhan ekoran gempa bumi di Syria


Back To Whats Hot

PETALING JAYA – Seorang bapa meruntun hati dan jiwa pasukan mencari dan menyelamat apabila jasadnya yang ditemui tidak bernyawa, kekal melindungi anaknya, dalam kejadian gempa bumi di Syria.

Menerusi video yang tular di media sosial, pada mulanya kelihatan jasad bapa tersebut berada pada posisi duduk dengan mukanya seperti tersembam ke runtuhan bangunan.

Kelihatan juga tangan seorang kanak-kanak dipercayai anaknya dan apabila diperhatikan, bapa tersebut seperti sedang memangku anak tersebut.

Selain itu, satu lagi mayat kanak-kanak lelaki berkemungkinan anaknya, berada di sisi jasad lelaki tersebut serta dikeluarkan terlebih dahulu.

Kedengaran suara lelaki berbahasa Arab dipercayai perakam video yang tidak henti-henti menyebut ‘Allahuakbar (Allah Maha Besar)’ selain kedengaran anggota pasukan mengucap syahadah.

“Cedera, cedera (sambil menunjukkan jenazah si bapa). Yang ini bernafas wahai shabab (sambil meminta ahli pasukan mengambil kanak-kanak). Sikit-sikit lagi, hidup-hidup (masih hidup). Allahuakbar,” kata lelaki tersebut.

Sebaik kanak-kanak itu dikeluarkan, anggota pasukan dan orang ramai di situ terus bertakbir bersama-sama ‘Allahuakbar’.

Dalam pada itu, video tersebut turut membuatkan pengguna laman sosial sebak, malah menangis dengan situasi itu.

“Saya baru sahaja jadi ayah baru-baru ini. Saya menangis lihat video ini, kasih sayang seorang ayah tidak pernah diperkatakan atau dihargai. Dan sekarang saya pula jadi ayah, saya sedar sebanyak mana kasih sayang ayah saya kepada saya,” kata Sandeep Kumar.

“Saya ayah kepada tiga anak. Saya menangis melihat saat ini, Allahuakbar, Subhanallah,” kata Rizal Isanova.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini