WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

EMPAT TERKORBAN GEMPA BUMI DI TIMUR INDONESIA

Orang ramai duduk di atas bumbung kedai ekoran gempa bumi berlaku di Jayapura, hari ini - Foto AFP


Back To Whats Hot

JAKARTA - Empat orang terbunuh dan sejumlah rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan wilayah timur Papua kelmarin, kata seorang pegawai agensi bencana.

“Gegaran gempa bumi dirasai dengan kuat di sini. Ia merosakkan rumah, restoran dan bangunan,” kata Pengurus Pusat Kawalan Operasi Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana, Jonathan Koirewoa, kepada Xinhua melalui telefon.

“Empat orang terbunuh semasa gempa bumi itu berlaku. Kini kami sedang menjalankan penilaian risiko gempa bumi itu,” katanya.

Agensi Meteorologi, klimatologi dan Geofizik negara itu melaporkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 1.28 petang (waktu tempatan).

Pusat gempa bumi itu terletak satu kilometer (km) ke barat daya ibu kota Jayapura dan kedalaman 10km.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini