WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

WANITA KRITIKAL SELEPAS DI SERANG HAIWAN PELIHARAAN

Salome ditangkap oleh pemiliknya dan menyembunyikan haiwan tersebut di dalam sebuah kenderaan


Back To Whats Hot

BANDAR RAYA MEXICO – Lila Hernandez, 40, dikejarkan ke hospital selepas diserang oleh seekor singa yang berusia 2 tahun. 

Menurut sumber akhbar Daily Star kelmarin, beliau didapati kritikal dan singa yang bernama Salome juga menyerang beberapa haiwan di kawasan berkenaan dan membunuh seekor anjing sebelum menyerang Hernandez di tepi jalan kira-kira pada jam 9:30 pagi.

Giovanni, merupakan pemilik singa peliharaan tersebut mendakwa bahawa dia mempunyai permit untuk menyimpan singa tersebut di rumah. Selepas kejadian, Salome ditangkap oleh pemiliknya dan menyembunyikan haiwan tersebut di dalam sebuah kenderaan. Pada awalnya, beliau enggan menyerahkan kepada pihak berkuasa. Menurut info dari Giovanni, kediamannya telah dipecah masuk oleh pencuri dan membiarkan pintu rumahnya terbuka.

Setelah kejadian itu, Giovanni akhirnya bersetuju Salome dipindahkan ke Taman Rofoldo Landeros dan meletakkan haiwan peliharaannya di tempat yang lebih sesuai dan juga berjanji untuk menampung kos rawatan mangsa tersebut.

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini