WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

WANITA 23 TAHUN JADI JUTAWAN SELEPAS KERJA CUCI RUMAH

Jennifer Hernandez berkongsi tips perniagaannya dalam akaun TikTok @tropicalcleanings - TikTok


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang wanita menjadi jutawan seawal usia 23 tahun selepas memulakan perniagaan menawarkan khidmat membersihkan kediaman.

Jennifer Hernandez berkongsi kisahnya dan memberi nasihat kepada orang ramai dalam akaun TikTok tropicalcleanings.   

Wanita itu tular bulan lalu selepas memuat naik video yang mendakwa dia menjana pendapatan AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan dengan pekerjaan itu.

Hernandez akan membersihkan lima pejabat pada setiap hari dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Dalam tempoh seminggu, dia akan memperoleh AS$8,759 (RM37,344).

Wanita itu juga mempunyai 20 pekerja yang bekerja syif lapan jam. Setiap pekerjanya akan mengumpul wang sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari.

“Cuba kira…jumlahnya AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun yang hanya berkata, Ayuh kita lakukan. Awak pun boleh,” katanya.

Hernandez telah menyiarkan berpuluh-puluh klip video pada bulan lalu sambil menjawab soalan dan tips tentang perniagaannya yang semakin berkembang. 

Ketika memulakan perniagaan, dia hamil enam bulan dan mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Suaminya kemudian berhenti kerja untuk membantunya mengembangkan perniagaan tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini