WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

HOMESTAY TONGKANG PECAH

Betapa kotor dan bersepah nya keadaan rumah tersebut


Back To Whats Hot

Pemilik Homestay di Labuan kecewa apabila mengetahui rumah mereka dibiar seperti reban ayam. Tular yang berlaku baru-baru ini, di sosial media apabila pemilik homestay menyatakan perasaan kecewa apabila mengetahui homestay miliknya ditinggal dalam keadaan yang kurang menyenangkan.

Homestay tersebut terletak di Labuan dan agak menyedihkan apabila diketahui pelaku adalah seorang wanita. Laman Facebook milik beliau jelas menggambarkan betapa kotor dan bersepah nya keadaan rumah tersebut.

Menurut info, penyewa wanita itu seharusnya mendaftar keluar dari homestay tersebut pada jam 12 tengah hari, akan tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau sengaja melambatkan lagi urusan checkout sehingga mencetus sedikit pertengkaran bersama pemilik rumah homestay dan bersikap kurang ajar.

Rata-rata reaksi netizen agak marah apabila mengetahui perkara ini tersebar di laman media sosial dan berpihak kepada pemilik homestay dan mengecam tindakan wanita tersebut.

oleh Firza Jamil | CATS FM

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini