WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PASANGAN IRAN MENARI TEPI JALAN DIPENJARA 10 TAHUN

Pasangan itu menari di tepi jalan dengan Astiazh tidak bertudung dan melanggar peraturan yang melarang wanita menari di khalayak ramai - New York Post


Back To Whats Hot

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara lebih 10 tahun selepas menyiarkan video mereka sedang menari di jalan, lapor akhbar Saudi Gazette hari ini.

Astiazh Haqiqi, 21, dan tunangnya, Amir Mohammad Ahmadi, 22, disabitkan bersalah atas dakwaan ‘mempromosikan rasuah dan pelacuran, bersekongkol menentang keselamatan negara dan menyebar propaganda menentang pemerintah’.

Sumber memberitahu Badan Penyiaran Britain (BBC) bahawa penahanan pasangan itu berlaku selepas mereka menyiarkan video di akaun Instagram mereka yang mempunyai gabungan pengikut mencecah dua juta.

Video yang tersebar memaparkan situasi mereka menari di tepi Menara Azadi di Teheran.

Rumah keluarga Astiazh yang mendedahkan profesionnya sebagai pereka fesyen, diserbu sebelum ditahan.

Tidak jelas berapa lama hukuman bagi setiap sabitan berasingan yang mereka hadapi. Bagaimanapun, tempoh hukuman penjara untuk semua pertuduhan adalah selama 10 tahun setengah.

Menurut laporan, mereka juga dikenakan larangan dua tahun daripada menggunakan media sosial dan tidak dibenarkan meninggalkan negara itu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini