WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PENGGUNA JALAN MAHU 'PROJEK SAKIT' JALAN TAN SRI ABANG IKHWAN SIAP SEGERA

Jalan ini perlu dibaiki segera kerana mengganggu aliran trafik sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas


Back To Whats Hot

KUCHING: Kelewatan penyiapan projek pembesaran Jalan Tan Sri Abang Ikhwan (4 Lorong) di kawasan Semariang sepanjang 1.7 Kilometer telah menjejaskan aliran trafik di kawasan itu.

Tinjauan CATS FM hari ini mendapati rata-rata pengguna jalan menzahirkan kegusaran berhubung projek yang dianggap sakit itu terutama waktu puncak dan cuaca hujan.

Menurut peniaga yang mahu dikenali Kak Nor, jalan ini perlu dibaiki segera kerana mengganggu aliran trafik sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas akibat permukaan jalan raya yang tidak rata.

Bagi penduduk kampung, Awang Amir pula, projek jalan berkenaan perlu disiapkan segera agar ia dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan lain.

Beliau juga berharap kontraktor penyelamat yang dilantik DBKU nanti dapat menyiapkan projek itu mengikut jadual ditetapkan kerajaan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam kenyataannya semalam berkata kontraktor baharu akan dilantik pada Mac ini untuk meneruskan kerja-kerja naik taraf jalan berkenaan.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah memaklumkan bahawa kontraktor sebelum ini akan ditamatkan kontrak atas sebab kegagalannya menyiapkan projek tersebut yang sudah pun berlarutan sehingga dua hingga tiga tahun.

Pada 6 Ogos 2020, Datuk Sharifah Hasidah semasa majlis pecah tanah jalan terbabit berkata projek bernilai RM 5.2 juta itu dijangka siap pada Julai 2021.

#BilikBeritaCATS #catsfm

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini