WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KARIM HARAP FAS DI BAWAH PIMPINAN ABANG ZULKARNAIN TIDAK MENGHADAPI ISU 'TIADA DUIT'

Beliau percaya pucuk pimpinan FAS yang baharu mempunyai perancangan tersendiri untuk mengubah haluan


Back To Whats Hot

KUCHING, 31 Jan: Persatuan Bola Sepak Sarawak(FAS) dibawah Presidennya yang baharu Abang Zulkarnain Abang Abdurahman diyakini mampu menerajui serta membawa sukan bola sepak Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataan media hari ini berkata, beliau percaya pucuk pimpinan FAS yang baharu mempunyai perancangan tersendiri untuk mengubah haluan serta membawa persatuan itu ke peringkat lebih baik.

Bagaimanapun, beliau berharap FAS tidak lagi menghadapi masalah dalaman seperti isu tiada duit dan sebagainya yang pernah berlaku kepada persatuan itu sebelum ini.

Jelasnya lagi, mereka yang dipilih untuk menerajui persatuan itu diharap tidak berhenti separuh jalan dan akan memimpin FAS sepanjang tempoh berkhidmat.

Terdahulu, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAS telah berlangsung pagi semalam dengan Abang Zulkarnain dipilih sebagai presiden baharu FAS bagi tempoh 2023- 2025.

#BilikBeritaCATS #catsfm

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini