• LISTEN NOW ON AIR

    01/29/23 - 01/29/23

WHAT'S NEXT

01/29/23 - 01/29/23

BUDAK IQ TINGGI MULA MEMBACA KETIKA 2 TAHUN

Teddy menjadi anggota Mensa ketika usianya tiga tahun dan tujuh bulan. - Beth Hobbs/SWNS


Back To Whats Hot

LONDON –  Seorang budak lelaki berusia empat tahun di Britain menjadi antara ahli termuda sebuah pertubuhan untuk golongan yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang (IQ) tinggi, Mensa, selepas dia belajar membaca pada usia dua tahun, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Teddy Hobbs, mula membaca semasa perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 dilaksanakan. Ketika baru berusia satu tahun dan enam bulan, dia boleh membaca buku dengan lancar di hadapan ibu bapanya, Beth dan Will.

Selain itu, Teddy turut belajar mengira sehingga angka 100 dalam enam bahasa termasuk Mandarin, Wales, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

“Dia sentiasa berminat dengan buku. Justeru, kami memastikan dia mempunyai banyak buku,” kata Beth.

Beth dan Will selain itu turut keliru dengan bakat anak mereka yang menyebabkan mereka menghubungi perunding kesihatan untuk meminta penilaian dibuat ke atas Teddy.

Pasangan itu kemudian mendekati Mensa untuk mendapatkan bimbingan dan ketika berusia tiga tahun dan tujuh bulan, Teddy menjalani penilaian dalam talian selama sejam bersama pakar.

Pakar kemudian mendedahkan bahawa Teddy mendapat 99.5 peratus untuk ujian IQ dan dia kemudian diterima menjadi ahli Mensa.

Sebelum ini, seorang budak lelaki dari Malaysia berusia tiga tahun yang tinggal di Britain, Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim menjadi anggota termuda Mensa selepas mendapat 142 markah dalam ujian Stanford Binet iaitu penilaian keupayaan kognitif untuk mengukur IQ pada tahun 2020.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini