• LISTEN NOW ON AIR

    01/29/23 - 01/29/23

WHAT'S NEXT

01/29/23 - 01/29/23

MICHELLE YEOH AKTRES ASIA PERTAMA TERBAIK KE OSCARS

Selepas menang dalam Golden Globe Awards, Michelle Yeoh kini diramal sebagai penjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi


Back To Whats Hot

PETALING JAYA – Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah sebagai pelakon wanita Asia pertama lolos pencalonan trofi Pelakon Wanota Terbaik dalam Anugerah Akademi atau Oscars.

Majlis pengumuman senarai pencalonan bagi edisi ke-95 yang juga pengiktirafan tahunan kelolaan Academy of Motion Picture Arts and Science diadakan secara dalam talian di The Samuel Goldwyn Theater, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat (AS), malam tadi.

Secara tidak langsung aktres asal Ipoh, Perak itu selangkah lagi untuk membawa pulang Oscar menerusi wataknya sebagai imigran Cina bernama Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Berada dalam kategori sama ialah Cate Blanchett yang mewakili filem Tar, selain Andrea Riseborough (To Leslie), Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana De Armas (Blonde).

Everything Everywhere All at Once arahan Dan Kwan bersama Daniel Scheinert juga menyerlah dengan mendahului senarai pencalonan terbanyak bersama 11 kategori.

Rakan sepasukan Yeoh dalam produksi sama iaitu Ke Huy Quan, Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu turut dicalonkan dalam kategori lakonan.

Quan bersaing bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, manakala Curtis serta Hsu, masing-masing merebut trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Antara kategori lain ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Skor Terbaik, Lagu Asal Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik serta Suntingan Terbaik.

Anugerah Akademi ke-95 yang bakal dikendalikan Jimmy Kimmel dijadualkan berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles pada 12 Mac depan.

Pada 10 Januari lalu, Yeoh yang melakar nama di Hong Kong bermula era 1980-an sebelum menembusi Hollywood membolot trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi menerusi  Anugerah Golden Globe atas naskhah sama.

Selain Oscar, Yeoh tercalon dalam beberapa majlis pengiktirafan lain atas tiket Everything Everywhere All at Once termasuk acara setara Oscar iaitu Anugerah Filem Akademi British (Bafta) selain Screen Actors Guild Awards (SAG).

Populariti pembawa watak gadis Bond dalam Tomorrow Never Dies ini melonjak di Hollywood dengan deretan filem besar seperti Crazy Rich Asians, Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings Avatar: The Way Of Water serta Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh HANISAH SELAMAT
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini