WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

ORANG SENANG LUPA DIRI BILA SUDAH KAYA – BILL GATES

Bill Gates menyatakan bahawa mempunyai terlalu banyak wang boleh membuatkan seseorang ‘lupa diri’ dengan realiti dunia


Back To Whats Hot

LOS ANGELES – Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates menyatakan bahawa mempunyai terlalu banyak wang boleh membuatkan seseorang ‘lupa diri’ dengan realiti dunia, lapor portal berita Metro.co.uk semalam.

Bilionair itu meluangkan masa daripada menjalankan tugas di yayasannya untuk menjawab soalan pengguna laman perbincangan Reddit tentang pelbagai topik termasuk perubahan iklim, program komputer ChatGPT dan telefon pintar yang digunakannya.

Apabila didesak tentang ketidaksamaan yang berlaku di dunia, Gates yang menduduki tangga keenam manusia paling kaya bersikap realistik tentang perkara itu.

“Dari segi kekayaan yang amat sangat, saya fikir mereka harus membayar lebih banyak cukai dan mereka harus memberikan kekayaan (memberi derma) dari semasa ke semasa,’ katanya.

Apabila ditanya tentang kewujudan bilionair beretika, beliau menjawab: ‘Menjadi kaya dengan mudah boleh membuat anda ‘lupa diri’.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Gates telah mendedikasikan dirinya untuk menangani krisis iklim dengan melabur dalam syarikat tenaga bersih dan cuba mengehadkan pelepasan karbon dioksida.

Beliau juga menulis buku mengenai perkara itu.

“Adalah penting untuk mengingati bahawa kehidupan di negara miskin adalah sukar sekarang,’ jawab Gates apabila ditanya mengenai keadaan tindak balas iklim dunia.

“Terdapat bahagian dunia di mana lebih 10 peratus kanak-kanak mati sebelum mereka berumur 5 tahun dan lebih 30 peratus lagi mengalami masalah kekurangan zat makanan, katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini