WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ZAKAR SUAMI DIKERAT PROFESOR

Florencia ditangkap di rumah ibunya selepas saudara perempuannya menemui mayat mangsa di kediaman mereka


Back To Whats Hot

BUENOS AIRES – Seorang profesor bidang psikologi dituduh membunuh suaminya selepas mayat mangsa ditemui dalam keadaan dicacatkan di kediaman mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Florencia Amada Cattaneo, 41, didakwa membunuh suaminya, Pedro Zarate. Dia mengerat zakar dan menikam mata mangsa dengan sejenis senjata dan membunuhnya.

Florencia ditangkap di rumah ibunya selepas saudara perempuannya menemui mayat mangsa di kediaman mereka di Altos de San Lorenzo, La Plata, Argentina.

Saudara perempuan suspek datang ke rumah pasangan suami isteri itu selepas Zarate, 47, tidak menjawab panggilan telefonnya, demikian menurut akhbar tempatan, Rio Negro.

Saudara perempuan Florencia menjadi bimbang apabila suspek datang ke rumah ibu mereka dengan berlumuran darah pada 8 Januari lalu.

Bagaimanapun, mayat Zarate hanya ditemui dua hari kemudian.

Pihak pendakwa raya berkata, Florencia telah dihantar ke sebuah wad psikiatri sejak insiden itu, manakala siasatan mengenai pembunuhan Zarate sedang dilakukan.

Laporan tempatan mendakwa bahawa suspek mempunyai sejarah sakit mental dan panas baran, manakala sesetengah mereka menyatakan wanita itu akan ditahan di hospital sakit mental seumur hidupnya jika dia didapati bersalah membunuh suaminya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini