WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PEMBUNUH KANIBAL JEPUN MENINGGAL DUNIA

Sagawa tidak pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh seorang pelajar Belanda pada tahun 1981. – AFP/Getty


Back To Whats Hot

TOKYO – Seorang lelaki jepun yang dikenali sebagai pembunuh kanibal kerana memperkosa, membunuh dan memakan seorang pelajar wanita Belanda, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Issei Sagawa yang mendapat julukan ‘Kanibal Kobe’ kerana melakukan pembunuhan itu pada tahun 1981, mati akibat penyakit radang paru-paru pada 24 November lalu.

Upacara pengebumiannya hanya dihadiri saudara-mara terdekat, tanpa perancangan majlis secara umum, kata adik lelaki dan seorang rakan mendiang dalam satu kenyataan.

Pada 1981, Sagawa melanjutkan pelajaran di Paris. Dia menjemput seorang pelajar Belanda, Renee Hartbelt ke rumahnya. 

Sagawa kemudian menembak leher wanita itu, merogolnya sebelum memakan bahagian badan mangsa selama tiga hari. Sagawa seterusnya membuang lebihan anggota badan Renee di taman Bois de Boulogne, lokasi di mana dia ditangkap.

Pakar-pakar psikiatri me­nganggap Sagawa tidak layak untuk dibicarakan di mahkamah. Dia pada awalnya ditahan di sebuah institut mental di Perancis sebelum dihantar ke Jepun.

Sagawa disahkan waras oleh pihak berkuasa Jepun, namun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya di Perancis digugurkan.

Dia bagaimanapun tidak me­rahsiakan pembunuhan itu dan memanfaatkan kemasyhurannya termasuk menulis sebuah novel bertajuk In The Fog yang mendedahkan butiran pembunuhan itu secara terperinci.

Sagawa turut menceritakan butiran kejadian dan obsesi berterusan dialaminya kepada kanibalisme dalam beberapa temu bual dan sebuah dokumentari bertajuk Canibal pada 2017.

“Keinginan saya untuk makan seorang wanita telah berubah menjadi satu kewajipan,” katanya semasa menghadiri temu bual bersama saluran media Vice.

Gambar dari tempat kejadian memaparkan 12 pinggan kertas diisi dengan bahagian badan mangsa yang sudah dikerat.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini