• LISTEN NOW ON AIR

    01/29/23 - 01/29/23

WHAT'S NEXT

01/29/23 - 01/29/23

PENDUDUK LARANG PELANCONG BERI ROKOK MENYALA KEPADA MONYET

Monyet itu meringis kesakitan ketika memegang seputung rokok menyala yang dilempar oleh pelancong. - Thaiger


Back To Whats Hot

BANGKOK – Penduduk tempatan di wilayah Lop Buri, tengah Thailand yang terkenal dengan populasi monyet tidak terkawal, meminta pelancong untuk berhenti memberi rokok kepada primat itu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Mereka berasa sedih melihat sebuah klip video yang tular di media sosial memaparkan seorang pelancong menjentik puntung rokok menyala ke arah seekor monyet di kawasan itu.

Ia kemudian memegang bahagian putung rokok yang menyala itu sebelum meringis kesakitan kerana tangannya terbakar. Pelancong itu ketawa selepas menyaksikan reaksi monyet itu.

Seorang peniaga di hadapan kuil Phra Prang Sam Yot, Pong berkata, dia tidak faham bagaimana seseorang boleh melakukan perbuatan sedemikian kepada seekor monyet kecil.

“Tidakkah ia berasa sakit?” ujarnya mengenai kejadian itu.

Pong menasihatkan pelancong supaya tidak membuli monyet di Lop Buri. Jika tidak, monyet akan bertindak balas mengikut naluri semula jadinya dan kesannya akan menjadi buruk, jelasnya.

Dia menasihatkan pelancong untuk datang dengan penuh kasih sayang dan memberi barang yang sepatutnya kepada monyet. 

Seorang wanita tempatan, Oi, berkata, dia telah hidup di sekeliling monyet seumur hidupnya.

“Apabila melihat video itu, saya menitiskan air mata. Orang-orang ini tidak mempunyai hati nurani atau belas kasihan terhadap haiwan,” katanya. 

Populasi monyet di Lop Buri terjejas selepas bergantung kepada pelancong untuk mendapatkan makanan sepanjang hidup. Banyak yang kelaparan semasa pandemik Covid-19 dan bertindak ganas untuk terus hidup.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini