Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) tidak bersetuju jika peperiksaan dimansuhkan di sekolah atas alasan untuk mengurangkan tekanan murid.
Presidennya Zulkiflee Sebli (gambar) berkata, peperiksaan telah lama digunakan oleh guru sebagai cara untuk menilai pemahaman dan kemajuan murid.
Menurutnya, sejak pemansuhan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru yang paling tertekan kerana sukar untuk memilih calon yang layak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Khas Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau menegaskan, meskipun pelbagai sistem penilaian dicadangkan, ia tidak mengurangkan tekanan murid malah menyebabkan guru-guru lebih tertekan.
Sehubungan itu, beliau menggesa perlu ada perbincangan menyeluruh melibatkan semua pihak untuk menilai kebaikan dan keburukan tentang perkara tersebut.
Sumber: Utusan Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini