Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Katanya, penubuhan syarikat penerbangan Sarawak tersebut bertujuan mempromosikan negeri itu kepada komuniti perniagaan dan pelancong.
Pembangunan lapangan terbang yang baik, ekosistem di Sarawak akan bersedia untuk bersaing dengan destinasi lain. Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil Sarawak terus membuat kemajuan dalam bidang pembangunan lain.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebelum ini menyatakan bahawa rundingan sedang dijalankan antara MASwings dan kerajaan Sarawak. Rundingan juga sedang dilakukan dengan MAG dan Khazanah Nasional Bhd mengenai pembelian saham dalam MASwings.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini