Tahun 2024 adalah paling panas dalam sejarah dengan purata suhu melebihi paras 1.5 darjah Celsius, kata agensi pengawasan cuaca Kesatuan Eropah(EU), Copernicus hari ini.
Copernicus berkata, dunia membuka ‘lembaran sejarah baharu’ rekod suhu yang perlu dijadikan peringatan untuk menyegerakan pengurangan emisi di Bumi pada rundingan PBB tersebut di Azerbaijan, minggu depan.
Bulan lalu yang ditandai oleh banjir dahsyat di Sepanyol dan Taufan Milton di Amerika Syarikat, merupakan Oktober kedua paling panas dalam sejarah dengan purata suhu global kedua paling panas berbanding tempoh sama pada 2023.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini