Chelsea membenam kelab Armenia, FC Noah 8-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi untuk kekal berada di puncak carta Liga Konferens UEFA, dengan Joao Felix dan Christopher Nkunku masing-masing menyumbang dua gol.
Penyokong tuan rumah hanya menanti hingga minit ke-12 bagi gol pembukaan apabila Tosin Adarabioyo menanduk masuk susulan sepakan sudut sebelum gol kedua hadir seminit kemudian.
Chelsea mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan dan mendahului carta menerusi perbezaan gol di depan lima pasukan lain yang turut memiliki rekod sempurna.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini