Kerajaan Australia merancang untuk melarang remaja bawah usia 16 tahun daripada menggunakan media sosial.
Menurut Perdana Menteri Australia Anthony Albanese media sosial mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak, dan kerajaan berhasrat untuk melindungi mereka dengan menyokong ibu bapa serta keluarga Australia. Keputusan menetapkan had umur 16 tahun ini dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada Isnin dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Kebangsaan.
Jika cadangan itu diluluskan, ia akan dijadikan undang-undang dan akan berkuat kuasa 12 bulan selepas kelulusan dan tiada denda akan dikenakan untuk pelanggaran.Beliau juga berkata bahawa seorang pesuruhjaya keselamatan khas akan dilantik untuk menyelia pelaksanaan undang-undang itu.
Sumber: Utusan Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini