Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh musnah, dalam kebakaran pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, jam 6.36 pagi. Sebaik tiba di Lokasi, kedua-dua kilang tersebut telah terbakar 60 peratus dan tidak membabitkan mangsa.
Seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini