Sebuah pesawat Boeing 737-500 milik Trigana Air yang membawa 121 penumpang terpaksa membatalkan penerbangannya ke Wamena dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura, Papua pada Selasa lepas.
Insiden itu berlaku sekitar 11.21 pagi waktu tempatan ketika pesawat sedang bergerak ke arah landasan dan seorang penumpang mendakwa ada kebakaran enjin yang mencetuskan panik serta pengosongan pesawat terpaksa dilakukan.
Empat penumpang mengalami kecederaan ringan semasa proses pengosongan yang kelam kabut itu. Pihak berkuasa keselamatan lapangan terbang berkata, dakwaan kebakaran enjin oleh seorang penumpang adalah tidak benar. Pesawat itu kemudiannya ditarik ke kawasan parkir untuk pemeriksaan lanjut dan dilarang terbang sementara pihak berkuasa menyiasat punca kebakaran enjin.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini