Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak tahun lepas kepada 43,374 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Isnin.
Menurut Agensi Anadolu, seramai 102,261 orang lagi cedera dalam serangan yang masih berlangsung dan ramai yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke tempat mereka.
Serangan berterusan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan, yang mengakibatkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Sumber: Harian metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini