Sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki di timur Indonesia meletus, memuntahkan lahar dan memaksa pihak berkuasa mengosongkan beberapa kampung berhampiran.
Letusan yang berlaku pada 11:57 malam waktu tempatan, menyebabkan gangguan bekalan elektrik, hujan, dan kilat yang menyebabkan penduduk panik. Status gunung berapi itu telah dinaikkan ke tahap IV, iaitu yang tertinggi.
Lahar dan batu berapi mengalir ke penempatan terdekat sekitar empat kilometer dari kawah, membakar dan merosakkan rumah penduduk. Agensi mengesyorkan radius tujuh kilometer mesti dikosongkan.
Setakat pagi ini, letusan telah menjejaskan tujuh kampung, yang dilitupi debu gunung berapi tebal. Pihak berkuasa masih mengumpul data mengenai jumlah mangsa yang dipindahkan dan bangunan yang rosak.
Sumber: Harian metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini