WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KOS SUKMA SARAWAK DIANGGAR HAMPIR RM300 JUTA

Penganjuran SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos itu akan berlangsung di sembilan daripada 12 bahagian di Sarawak


Back To Sports Updates

SEREMBAN, 26 April: Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos itu akan berlangsung di sembilan daripada 12 bahagian di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Beliau berkata persiapan SUKMA ke-21 ketika ini berjalan lancar, dengan ada fasiliti sukan baharu yang dalam pembinaan dijangka siap pada Jun ini, di samping pelaksanaan kerja-kerja naik taraf beberapa venue sukan lagi.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kunjungan Hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA ke-21, sempena Promosi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 keatas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini