WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

EPL: MAN. UNITED BANGKIT TAMAT REKOD BURUK

Fernandes cemerlang buat United apabila menjaringkan dua gol menewaskan Sheffield 4-2 awal pagi semalam. – AFP


Back To Sports Updates

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memuji aksi ditampilkan barisan pemainnya selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sheffield United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi ­semalam.

Pada perlawanan itu, United dua kali ketinggalan kepada pasukan di tangga tercorot berkenaan sebelum bangkit memastikan tiga mata menjadi milik mereka bagi mengukuhkan kedudukan dalam kelompok enam teratas.

Pemain tengah The Red Devils, Bruno Fernandes mempamerkan aksi cukup baik apabila meledak dua gol, manakala ­Harry Maguire dan Rasmus Hojlund masing-masing berjaya merakam satu jaringan.

“Banyak perkara positif yang dapat dilihat pada perlawanan hari ini (semalam), ter­utamanya ketika pemain-pemain menunjukkan semangat juang selepas dua kali ketinggalan ­kepada pasukan lawan.

“Bagaimanapun, ada juga perkara negatif apabila kami mudah memberikan bola kepada pasukan lawan. Bagi saya, ia tidak boleh diterima dan perlu diperbaiki dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Kemenangan itu juga adalah yang pertama buat United ­selepas mereka gagal melakukannya dalam enam perlawanan terakhir sejak menewaskan Everton 2-0 pada 9 Mac lalu.

Bekas pengendali Ajax itu juga gembira dengan progres yang ditunjukkan United meskipun sedang berdepan situasi tidak menentu apabila sebahagian ­besar pemain terutamanya tonggak pertahanan mengalami masalah kecederaan.

“Saya dapat lihat progres pasukan apabila berjaya menja­ringkan banyak gol. Saya percaya jika barisan pertahanan terbaik diturunkan, kami mampu menampilkan aksi lebih baik dan konsisten,” ujar Ten Hag.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini