WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KEKALAHAN KEPADA OMAN BUKAN PENGAKHIRAN - KIM PAN-GON

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Pan Gon bagaimanapun menyifatkan kekalahan kedua itu bukan satu pengakhiran buat anak buahnya yang kini perlu mengharap keajaiban pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

“Ini perlawanan yang sangat sukar… sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.

“Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya,” kata Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan.

Sumber: Bernama

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini