WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

GUARDIOLA HARAP KLOPP AKAN KEMBALI

Perseteruan terhebat antara dua pengendali Liga Perdana Inggeris - Jurgen Klopp dan Pep Guardiola berakhir dengan keputusan seri di Anfield


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Perseteruan terhebat antara dua pengendali Liga Perdana Inggeris - Jurgen Klopp dan Pep Guardiola berakhir dengan keputusan seri di Anfield.

Liverpool kendalian Klopp terikat 1-1 dengan Manchester City bimbingan Guardiola, sekali gus menjadikan persaingan kejuaraan musim ini terbuka luas antara tiga pasukan - termasuk pendahulu, Arsenal.

Klopp akan meninggalkan Anfield di akhir musim ini selepas hampir sedekad bersama Liverpool dan memenangi kesemua kejohanan besar serta bersaing sengit dengan anak buah Guardiola dalam beberapa perebutan gelaran.

Pertemuan di Anfield semalam adalah perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-16 antara dua pengendali itu.

Guardiola kini merekod lima kemenangan, empat kekalahan dan tujuh seri menentang Klopp dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Perseteruan sama antara Alex Ferguson, Arsene Wenger dan Jose Mourinho sering berakhir tegang, tetapi sebaliknya dengan Guardiola dan Mourinho apabila kedua-dua pengendali itu saling menghormati satu sama lain dan berpelukan di akhir permainan.

"Dia akan kembali! Dia sangat mencintai tugas ini. Apa boleh saya katakan? Dia menjadikan kami pasukan lebih baik, menjadikan saya pengurus lebih baik. Saya harap dia akan kembali segera, kerana bola sepak memerlukan personaliti sepertinya.

"Pujian buat Liverpool. Mereka sekali lagi membuktikan yang apa yang mereka lakukan sangat mengagumkan dalam perseteruan ini," kata Guardiola.

Klopp pula enggan mendedahkan apa yang diperkatakannya kepada Guardiola selepas wisel penamat.

"Ia adalah peribadi, walaupun dalam stadium bola sepak. Kami menghormati satu sama lain dan mungkin selepas karier ini kami akan menjadi kawan rapat," kata Klopp.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini