WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

EPL: TEN HAG YAKIN UNITED MAMPU LAYAK KE UCL

Rashford meledak gol pembukaan, namun United gagal mempertahankan kelebihan tersebut apabila tewas berdepan City awal pagi semalam. - AFP


Back To Sports Updates

MANCHESTER - Biarpun ketinggalan 11 mata di belakang Aston Villa yang menduduki tangga keempat saingan Liga Perdana Inggeris, pengendali Manchester United, Erik Ten Hag masih percaya pasukannya mampu mengakhiri musim di kelompok empat pasukan teratas.

Awal pagi semalam menyaksikan United tewas kali kedua berturut-turut apabila tumbang pada aksi derbi apabila tumbang 1-3 kepada jiran mereka, Manchester City selepas minggu lalu dikejutkan dengan kekalahan kepada Fulham.

Berbaki 11 lagi perlawanan musim ini, Ten Hag mengakui tetap yakin pasukannya itu mampu memperbaiki kedudukan di tempat keenam ketika ini untuk melonjakkan kedudukan sekali gus mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Ia akan menjadi satu perubahan yang pantas selepas ini. Kami akan turun untuk satu lagi aksi ‘final’ menentang Everton pada perlawanan berikutnya dan cuba untuk mengecilkan jurang. Kami perlu menang untuk aksi-aksi selepas ini.

“Kedudukan kelima juga ada kemungkinan untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan, jadi kami perlu berjuang. Musim ini masih berjalan, kami perlu bergerak dan mendapatkan mata. Setiap pasukan mampu menewaskan satu sama lain,” katanya.

Pengendali dari Belanda itu turut mengesahkan bahawa keputusan mengeluarkan Marcus Rashford dan Jonny Evan ketika kedudukan 1-1 adalah disebabkan faktor kecergasan selain mengakui tidak ada pemainnya yang berada pada tahap 100 peratus ketika aksi tersebut.

Ten Hag turut mempertahankan pendekatannya pada perlawanan itu yang menyaksikan United hanya memiliki 26 peratus penguasaan selain percubaan Rashford yang menghasilkan jaringan itu adalah satu-satu percubaan tepat diperoleh mereka.

“Kami perlu lebih proaktif ketika bertahan. Kami juga mempunyai beberapa peluang terbaik dalam perlawanan ini, tetapi cara kami bertahan sangat mengagumkan. Kami hampir untuk menang atau mungkin mampu meraih satu mata di sini,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini