WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PIALA LIGA INGGERIS: KEJUARAAN SAH MILIK LIVERPOOL

Jaringan tunggal perlawanan pada babak kedua masa tambahan sudah memadai untuk menobatkan Liverpool selaku juara Piala Liga Inggeris


Back To Sports Updates

LONDON - Jaringan tunggal perlawanan pada babak kedua masa tambahan sudah memadai untuk menobatkan Liverpool selaku juara Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Chelsea 1-0 di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Ia mengesahkan kejuaraan ke 10 buat The Reds manakala kemarau kejuaraan domestik The Blues sejak enam tahun lalu masih berlarutan dengan menyaksikan pengendalinya, Mauricio Pochettino juga buntu untuk menjulang trofi pertama di England.

Terdahulu, kedua-dua penjaga gol, Djordje Petrovic (Chelsea) dan Caoimhin Kelleher (Liverpool) cemerlang menafikan percubaan terbaik yang sepatutnya mampu menghasilkan jaringan pembukaan perlawanan.

Belum pun perlawanan berusia setengah jam, isu kecederaan pemain dialami The Reds makin parah dan kali ini babitkan Ryan Gravenberch yang terpaksa diusung keluar selepas dikasari oleh Moises Caicedo.

Minit ke-32, Raheem Sterling dihimpit kecewa apabila jaringannya dibatalkan kerana Nicolas Jackson yang melakukan umpanan terlebih dahulu dikesan berada di kedudukkan offside.

Lima belas minit selepas aksi bersambung, giliran Liverpool kecewa apabila pengadil perlawanan Chris Kavanagh turut membatalkan jaringan dihasilkan tonggak pertahanan, Virgil van Dijk.

Permainan makin seimbang dengan Chelsea terlepas satu lagi peluang selepas tampanan dilakukan Conor Gallagher pada minit ke-76 sekadar singgah di tiang gol diikuti ketangkasan Kelleher yang bertindak cemerlang, juga menafikan percubaan jarak dekat Gallagher.

Sebaik aksi memasuki minit ke-118, Van Dijk akhirnya menoktahkan jaringan kemenangan Liverpool selepas menyambut baik sepakan penjuru Konstantinos Tsimikas.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini