WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MANCHESTER UNITED KELAB TERMAHAL EROPAH

Antony menjadi antara pemain termahal dibelanjakan oleh United ketika membelinya daripada Ajax sebelum ini. - Sumber Foto AFP


Back To Sports Updates

LONDON - Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mendedahkan Manchester United mempunyai skuad termahal di Eropah bagi saingan musim lalu dengan keseluruhan bernilai €1.42 bilion (RM7.29 bilion).

Menurut laporan kolektif kewangan akhir tahun United, jumlah tersebut secara tidak langsung memecahkan rekod termahal Eropah yang sebelum ini dipegang oleh Real Madrid iaitu €1.33 bilion (RM6.82 juta) pada 2020.

Nilai itu termasuk jumlah £85.5 juta (RM438.75 juta) dibelanjakan membeli Antony, £80 juta (RM410.52 juta) Harry Maguire, £73 juta (RM374.60 juta) Jadon Sancho dan £60 juta (RM307.89 juta) Casemiro.

Ia belum meliputi bayaran untuk mendapatkan pemain-pemain baharu musim ini seperti Mason Mount, Andre Onana dan Rasmus Hojlund.

Seteru setempat, Manchester City pula di tangga kedua pada musim itu dengan nilai skuad berjumlah €1.28 bilion (RM6.57 bilion).

Laporan UEFA turut mendedahkan pasukan-pasukan yang memperoleh keuntungan tertinggai bagi tahun itu seperti Real Madrid €841 juta (RM4.31 bilion), Manchester City €836 juta (RM4.28 bilion), Barcelona €815 juta (RM4.18 bilion) dan Paris Saint-Germain €807 juta (RM4.14 bilion).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini