WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KILAT BOY SASAR LAYAK KE WBC ASIA

Petinju profesional Sarawak, Dealoniel Mcdelon Bong yakin untuk melakar kejutan ke atas pencabar dari Bangladesh, Resatul Mahmud Sajin


Back To Sports Updates

KUCHING, 15 Feb - Petinju profesional Sarawak, Dealoniel Mcdelon Bong yakin untuk melakar kejutan ke atas pencabar dari Bangladesh, Resatul Mahmud Sajin.

Kedua-dua petinju itu bakal membuat perhitungan dalam pertarungan (Path To Glory) Feather Weight (57.2kg) yang akan berlangsung di Kemal Ataturk Park, Banani, Dhaka, Bangladesh, Sabtu ini.

Dealoniel, 25 tahun atau sinonim dengan gelaran Kilat Boy berkata, kemenangan itu sangat penting untuk mencerahkan peluangnya beraksi pada Kejuaraan Tinju Dunia (WBC), Asia yang akan berlangsung di Singapura, April nanti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas ke Dhaka pada Selasa.

Untuk rekod, Kilat Boy melakar sejarah tersendiri apabila memenangi tali pinggang utama Kejohanan Tinju Persekutuan Asia (ABF) yang berlangsung di Thailand pada 26 Oktober 2023. - UKAS

#BilikBeritaCATS #catsfm

Sumber Foto TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini