WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PIALA ASIA: BENTENG RAPUH PUNCA JEPUN ‘LUMPUH’

Jepun gagal menepati ramalan untuk dinobatkan selaku juara Piala Asia edisi kali ini apabila disingkirkan Iran pada aksi suku akhir - AFP


Back To Sports Updates

DOHA - Kekalahan 1-2 kepada Iran pada aksi suku akhir di Stadium Education City, kelmarin, kelmarin terus menzahirkan kepincangan dalam skuad Jepun yang dihimpit kerapuhan benteng pertahanan.

Walaupun hadir selaku naib juara 2019 dan dilabel sebagai pilihan untuk memenangi edisi kali ini, aksi dipamerkan Jepun langsung tidak meyakinkan hingga membenarkan kebangkitan dilakukan Iran.

“Saya bersimpati dengan penyokong kami dan semua orang yang terbabit dalam bola sepak Jepun. Saya akan bertanggungjawab atas kekalahan ini kerana semua orang termasuk pemain sudah beri segala-galanya,” kata pengendali Jepun, Hajime Moriyasu.

Jurulatih itu juga nyata kesal kerana tidak mampu menghadirkan kegembiraan buat mangsa gempa bumi yang melanda Jepun baru-baru ini.

Skuad Samurai Biru bolos dalam kesemua lima perlawanan di Piala Asia dan Moriyasu sedia mengambil tanggungjawab atas kekecewaan ini sambil mengakui banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Kami bolos sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan di pertandingan kali ini. Jika kamu gagal menyekat jaringan lawan, kamu pasti tidak akan memenangi perlawanan

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini