WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PIALA ASIA: MALAYSIA FOKUS KEKANG ASAKAN TAEGUK WARRIORS

Perlawanan malam esok bakal menjadi aksi pertama Harimau Malaya menentang Korea Selatan sejak 1989 - Foto FB FAM


Back To Sports Updates

PETALING JAYA - Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools percaya rakan sepasukan sudah bersedia untuk menyerap tekanan meskipun bakal menentang barisan bintang Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia esok.

Cools berkata, meskipun perlawanan itu sekadar pelengkap jadual, namun sebagai pemain profesional sudah tentu cukup teruja untuk menentang pasukan hebat seperti Korea yang kini menduduki ranking No. 23 dunia.

“Sudah tentu kami kecewa tidak layak ke pusingan 16. Namun, kami tetap anggap perlawanan esok antara yang paling ditunggu.

“Sebagai seorang pemain, anda mahu bermain dalam jenis perlawanan (peringkat tertinggi) seperti ini.

“Apa yang pasti, kami mempunyai motivasi cukup untuk memberikan segalanya dan ini adalah peluang buat pemain mendapat pengalaman di pentas tertinggi,” katanya pada sidang media hari ini.

Malaysia sudah hampir 35 tahun tidak menentang gergasi Asia Timur itu dalam sebarang aksi kompetitif peringkat senior apabila kali terakhir pada 1989 dalam kelayakan Piala Dunia 1990.

Ketika itu, Malaysia tewas dua kali kepada Korea Selatan pada aksi kelayakan Kumpulan 4 dengan perlawanan dilangsungkan di Seoul dan Singapura.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini