WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

EPL: BUKTI MANCHESTER UNITED TIDAK BERGOLAK

McTominay meledak dua gol ketika membantu United menewaskan Chelsea pada aksi di Old Trafford awal pagi semalam - Sumber Foto AFP


Back To Sports Updates

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menafikan spekulasi pergolakan yang berlaku dalam bilik persalinan pasukannya sambil menyifatkan mereka sedang berada pada landasan terbaik dan betul ketika ini.

Dua jaringan menerusi Scott McTominay ketika menewaskan Chelsea 2-1 awal pagi semalam adalah bukti terbaik yang dikemukakan oleh Ten Hag apabila ia adalah kali pertama musim ini mereka menewaskan pasukan yang berada dalam kelompok 10 terbaik.

“Krisis? Ia tidak melibatkan pasukan ini. Kami masih dalam keadaan tenang dan pasukan ini sedang berada pada landasan yang betul.

“Kami beraksi dengan sangat dinamik, proaktif dan berani menyebabkan kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Ia bukanlah kekecewaan, tetapi kami sepatutnya mampu menjadikan aksi ini lebih mudah jika menyempurnakan semua peluang,” katanya.

Dalam pada itu, Ten Hag memuji aksi cemerlang yang dipamerkan oleh McTominay yang berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan di Old Trafford termasuk ketika mereka menewaskan Brentford 2-1 sebelum ini.

“Posisinya ketika ini membolehkan dia memberi ancaman lebih besar kepada pasukan lawan. Dia mampu menghidu peluang dan tahu bila perlu berada pada kedudukan terbaik untuk menghasilkan jaringan.

“Saya fikir ia mengenai cara bagaimana kami menyusun pasukan. Kami perlu pastikan apabila McTominay naik lebih tinggi, ada pemain lain yang mampu mengisi tempat yang dia tinggalkan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini