WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BELLINGHAM DINOBAT ‘BUDAK EMAS’ EROPAH

Bellingham memenangi Anugerah Golden Boy 2023 pada majlis yang diadakan di Turin awal pagi semalam - AFP


Back To Sports Updates

TURIN - Bintang Real Madrid, Jude Bellingham mendapat pengiktirafan sebagai pemenang Anugerah Golden Boy 2023 de­ngan undian paling tinggi dalam sejarah penganjuran sejak mula diperkenalkan pada 2003.

Bellingham, 20, meraih 485 daripada keseluruhan 500 undi, menewaskan tiga pencabarnya iaitu tonggak Bayern Munich, Jamal Musiala, Xavi Simons (RB Leipzig) dan Antonio Silva (Benfica) untuk merangkul anugerah pemain bawah 21 tahun lelaki terbaik di Eropah.

“Saya benar-benar menikmati penghormatan ini kerana ia meletakkan saya dalam kumpulan pemain-pemain terhebat di dunia yang pernah memenanginya.

“Jujurnya saya tidak menganggap saya adalah yang terbaik kerana masih ramai lagi pemain berada di hadapan. Anugerah ini sekurang-kurangnya membakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik.

“Saya merasakan tuah memihak kepada saya kerana sentiasa dikelilingi pemain hebat sejak memulakan karier bersama Birmingham” kata Bellingham yang kini menjadi pemain pertama Real memenangi anugerah itu.

Bintang-bintang dunia seperti pemenang lapan Ballon d’Or, Lio­nel Messi, Wayne Rooney, Sergio Aguero, Cesc Fabregas, Kylian Mbappe dan ramai lagi pernah memenangi anugerah Golden Boy sebelum ini.

Turut menerima pengiktirafan pada majlis berlangsung di Turin, Itali awal pagi semalam ialah penyerang Manchester City, Erling Haaland yang dinobatkan Anugerah Golden Player 2023, manakala kategori wanita dimenangi bintang Barcelona Femeni, Aitana Bonmati.

Potensi besar dimiliki bintang muda Barcelona berusia 16 tahun, Lamine Yamal juga diiktiraf selepas memenangi trofi Golden Boy The Youngest yang baru kali pertama diperkenalkan tahun ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini