• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

MAN UNITED TERSUNGKUR LAGI DI OLD TRAFFORD

Penyerang Galatasaray, Mauro Icardi menjaringkan gol ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United di Old Trafford. - Foto AFP


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag percaya pasukannya akan berupaya keluar daripada krisis di awal musim selepas berdepan soalan sama ada dia bimbang akan kehilangan jawatannya.

Ini selepas United tewas enam daripada sembilan perlawanan terakhir mereka, dengan terbaharu awal pagi tadi apabila ditundukkan 3-2 oleh Galatasaray dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford.

Skuad Liga Perdana Inggeris itu kini tewas dua perlawanan awal peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali.

United turut mengharungi permulaan kempen Liga Perdana Inggeris terburuk mereka selepas tewas empat daripada tujuh perlawanan pertama.

Ten Hag bermula cemerlang pada musim pertamanya di Old Trafford, kembali membawa kelab ke saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menamatkan kempen di tempat ketiga dan menamatkan kemarau enam tahun kejuaraan apabila memenangi Piala Liga.

"Musim lalu sangat hebat, menakjubkan, lebih daripada jangkaan. Ketika memulakan projek ini kami sedar jurangnya sangat besar.

"Ketika ini kami dalam tempoh sukar seperti yang semua orang lihat tetapi kami akan mengharunginya bersama-sama.

"Kami berjuang bersama, bersatu hati, sering menyokong antara satu sama lain. Saya, lembaga pengarah, pasukan akan berjuang bersama-sama. Ini bukan kami. Kami perlu tampil lebih baik," kata Ten Hag.

Penjaga gol, Andre Onana yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab di atas kekalahan 4-3 kepada Bayern Munich dua minggu lalu, sekali lagi melakukan kesilapan yang membawa padah.

Hantarannya yang menemui Dries Mertens memaksa Casemiro membuat terjahan untuk menghalang penyerang Galatasaray itu dan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-77.

Mauro Icardi gagal menyempurnakan sepakan penalti berkenaan, tetapi menebusnya empat minit kemudian dengan melambung bola melepasi Onana untuk gol kemenangan.

Rasmus Hojlund membuka jaringan untuk United pada minit ke-17 tetapi Galatasaray kembali menyamakan kedudukan selepas enam minit menerusi bekas pemain United, Wilfried Zaha.

Hojlund sekali lagi meletakkan tuan rumah di depan, tetapi Muhammed Kerem Akturkoglu kembali mengimbangi kedudukan sebelum jaringan kemenangan Icardi.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini