WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

GARA-GARA PATUNG, AL-ITTIHAD ENGGAN BERMAIN

Aksi Al-Ittihad menentang kelab Iran, Sepahan dalam Liga Juara-Juara Asia dibatalkan awal pagi - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

ISFAHAN, Iran: Aksi Al-Ittihad menentang kelab Iran, Sepahan dalam Liga Juara-Juara Asia dibatalkan awal pagi tadi selepas kelab Arab Saudi itu enggan meninggalkan bilik persalinan mereka kerana patung jeneral Iran yang dibunuh diletakkan di laluan masuk ke padang.

Perlawanan itu ditangguhkan oleh pegawai di Stadium Naghsh-e Jahan di Isfahan, bila mana sekitar 60,000 peminat hadir untuk menyaksikan Sepahan berdepan Al-Ittihad yang menampilkan bekas bintang Liga Perdana Inggeris termasuk N'Golo Kante dan Fabinho.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkata, perlawanan itu "dibatalkan kerana keadaan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan."

"AFC mengulangi komitmen bagi memastikan keselamatan pemain, pegawai perlawanan, penonton dan semua pihak berkepentingan yang terbabit," kata badan induk bola sepak Asia itu dalam satu kenyataan.

"Perkara ini kini akan dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan."

Qasem Soleimani, seorang jeneral terkemuka Iran, terbunuh berhampiran lapangan terbang Baghdad dalam serangan dron Amerika Syarikat pada Januari 2020 dan dianggap sebagai mati syahid oleh rejim pemerintah negara itu.

Gambar dari stadium yang disiarkan di media sosial menyaksikan patung Soleimani diletakkan di laluan masuk ke padang dan boleh dilihat oleh pemain ketika mereka keluar dari terowong.

Hubungan antara Iran dan Arab Saudi sudah lama tegang dan Liga Juara-Juara Asia tahun ini adalah yang pertama sejak tahun 2016 kelab dari kedua-dua negara dibenar untuk bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Perlawanan antara kelab dari kedua-dua negara sebelum ini dilangsungkan di gelanggang berkecuali kerana faktor keselamatan.

Cristiano Ronaldo mengetuai pasukan Al-Nassr ke Tehran dua minggu lalu untuk menentang Persepolis di Stadium Azadi, walaupun permainan itu dimainkan di stadium kosong kerana larangan satu perlawanan terhadap penonton kelab Iran oleh AFC kerana kesalahan salah laku peminat.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini