WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MESSI BELUM FIKIR PIALA DUNIA 2026

Buat masa ini, Messi berkata dia akan fokus terhadap Copa America di AS tahun depan - Sumber Foto REUTERS


Back To Sports Updates

BUENOS AIRES: Kapten Argentina, Lionel Messi berkata dia tidak pasti mengenai penyertaannya pada Piala Dunia akan datang yang akan dihos bersama Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada pada tahun 2026, apabila dia berusia 39 tahun.

"Saya tidak tahu jika saya akan berada di sana," katanya kepada personaliti media Argentina, Miguel Garrados dalam satu wawancara yang disiarkan dalam YouTube lewat malam tadi.

"Saya belum memikirkan mengenainya lagi kerana ia masih jauh."

Buat masa ini, Messi berkata dia akan fokus terhadap Copa America di AS tahun depan.

"Selepas Copa America kita akan lihat, ia bergantung kepada bagaimana saya rasa," katanya. "Masih ada tiga tahun lagi."

Messi mengemudi kejayaan Argentina mengatasi Perancis pada final Piala Dunia di Qatar Disember lalu.

Dalam wawancara itu, dia mengulangi kekecewaannya kerana tidak mendapat "pengiktirafan" secukupnya di bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjulang trofi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dia mendakwa dia satu-satunya pemain Argentina dalam pasukan itu "yang tidak mendapat pengiktirafan" daripada kelabnya.

"Ia bukan apa yang saya jangkakan tetapi saya sering kali berkata sesuatu perkara berlaku ada sebabnya," kata Messi mengenai penampilannya di Paris, menambah dia "tidak gembira di sana."

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu berkali-kali menyatakan dia tidak gembira di PSG sebelum berpindah ke Florida untuk beraksi dengan Inter Miami dalam Major League Soccer.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini