WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SEGAK BERLARI PAKAI BAJU MELAYU MERAH SIAP BERSAMPIN, EDAN SYAH PECAH REKOD DUNIA MARATON

Muncul Sebagai Pelari Terpantas Dengan Mengenakan Pakaian Tradisional - Sumber Foto Mstar


Back To Sports Updates

Mohd Syahidan Alias, pelari maraton negara melakar sejarah baharu dalam Guinness World Records (GWR) selepas muncul sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023. 

Lebih dikenali sebagai Edan Syah, kelihatan teruja selepas mencatatkan masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok. 

Kejayaannya dikongsikan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, “Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki),” tulisnya. 

Terdahulu, pada 2019 Edan Syah juga turut mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit. 

"Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea "luar kotak" saya untuk projek ini.

"Anda berani mencipta penanda aras baharu apa yang boleh dan buat yang mustahil. Terima kasih pengurus saya @jolenehong atas kepercayaan anda dan semua pengaturan dengan Rekod Dunia Guinness (GWR) dan pasukan @bulanbintanghq.

"Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan," katanya.

Edan turut mengucapkan ucapakan terima kasih kepada jenama baju melayu tempatan, Bulan Bintang yang menajanya sehingga berjaya melakukan rekod dunia berkenaan. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini