• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

TUMBUK SANE, MANE DIDENDA LEBIH RM 1 JUTA

Didena Kerana Menumbuk Muka Rakan Sepasukan - Sumber Foto AGENSI


Back To Sports Updates

MUNICH - Sadio Mane didenda oleh Bayern Munich lebih 250,000 euro (RM 1.21 juta) kerana menumbuk muka rakan sepasukan, Leroy Sane, minggu lalu. 

Bekas pemain Liga Perdana Inggeris itu bertengkar di atas padang ketika kekalahan 3-0 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, situasi semakin tegang apabila mereka memasuki terowong di Stadium Etihad. 

Bekas pemain City, Sane luka dan bengkak di bahagian bibir manakala bekas pemain Liverpool, Mane didenda dengan jumlah tertinggi dalam sejarah Bayern. 

Mane turut digugurkan ketika aksi Bundesliga menentang Hoffenheim pada Sabtu, tetapi akan kembali untuk perlawanan suku akhir kedua bertemu City esok. 

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini