WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

SHAH FIRDAUS RAIH PERAK, AZIZULHASNI KETUJUH

Muhammad Shah Firdaus Sahrom Menangi Perak Dalam Acara Keirin Lelaki - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR - Muhammad Shah Firdaus Sahrom, atlet berbasikal trek negara memastikan Malaysia memperoleh sekurang-kurangnya satu penyudah podium bagi Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent hari ini, dengan memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki.

Pelumba berusia 27 tahun kelahiran Muar itu menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah 2022, Sebastien Vigier dari Perancis yang mewakili pasukan Creteil-kronos.

Menurut laman sesawang rasmi Berbasikal Trek Belgium, wakil Skuad Kebangsaan Perancis Luca Priore membawa pulang gangsa. 

Biarpun Malaysia menurunkan empat atlet dalam separuh akhir, hanya Muhammad Shah Firdaus berjaya menaiki podium sementara yang lain gagal mendapatkan tempat enam teratas untuk ke final.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Mohd Azizulhasni Awang berada di kedudukan ketujuh, sementara Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Shahrom masing-masing di tempat kelapan dan ke-10. 

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini