WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FAISAL SANGKAL DAKWAAN GAJI RM 80,000 SEBULAN

Faisal Halim Menafikan Dia Menerima Gaji RM 80,000 - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR - Faisal Halim, pemain kebangsaan menafikan dia menerima gaji RM 80,000 sebulan seperti yang didakwa sebuah laman Facebook, Harimau Selatan X. 

Menerusi hantaran terbabit, Harimau Selatan X membandingkan gaji pemain Faisal yang juga pemain Selangor FC (SFC) itu dengan gaji pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Hantaran itu mendakwa Faisal menerima gaji sebanyak RM80,000 jauh lebih tinggi berbanding Arif Aiman yang hanya menerima RM25,000.

Walaubagaimanapun, kebenaran terserlah apabila Faisal sendiri tampil di ruangan komen bagi menafikan dakwaan yang dilemparkan itu.

Menurut Faisal, yang meninggalkan komennya di laman tersebut berkata, "pandai pandai je hahahahahah 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah”.

Penjelasan Faisal jelas mengundang pelbagai komen daripada netizen dengan kebanyakan mengharapkan pentadbir laman itu dapat 'muncul' pada komen terbabit.

Sumber: Berita Harian 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini