WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

JINQ EN MAHU BANYAK KEJOHANAN SEBELUM KE KEMBOJA

Phee Jinq En, atlet renang negara menyatakan hasrat untuk menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR - Phee Jinq En, atlet renang negara menyatakan hasrat untuk menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi menguji kemampuan sebenar selain membutirkan kilaun pingat di Sukan SEA Kemboja, pada 5 hingga 17 Mei ini.

Antara satu-satunya atlet renang wanita yang layak secara merit ke temasya dwitahunan menerusi acara 50 meter(m) dan 100m kuak dada, Jinq En mengakui agak bimbang sekadar menyertai satu kejohanan tahun ini, iaitu Kejohanan Renang Terbuka Malaysia.

Pemenang pingat emas tiga edisi Sukan SEA, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan kerana kurang bersaing di pentas antarabangsa susulan kekurangan dana. Setiap atlet negara sepatutnya diberikan lebih banyak pendedahan di pentas yang lebih besar, katanya.

“Saya rasa kita perlu diberikan pendedahan di peringkat lebih tinggi seluruh dunia. Saya harap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat memberi sokongan kepada kami untuk menyertai pertandingan di luar negara.

“Dari 2016 hingga 202, saya menjalani latihan di Amerika Syarikat (AS), sentiasa terdedah dengan kejohanan besar dan membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Atlet berusia 26 tahun, menemukan rentak renangannya setelah memerlukan hampir satu setengah tahun sebelum dapat menyesuaikan diri dengan di latihan Malaysia, layak secara merit ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Sukan SEA 2023 serta meraih pingat emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2023.

“Matlamat saya adalah untuk sentiasa memperbaharui rekod kebangsaan milik sendiri. Seperti di Hanoi, memang saya ada sasaran podium, jadi saya akan berusaha sehabis baik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini