WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

INDONESIA DILUCUTKAN HAK BAGI MENGANJUR PIALA DUNIA B-20

FIFA dalam satu kenyataan menyatakan,’ Keputusan itu dibuat ‘disebabkan keadaan semasa’ - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

LAUSANNE - Badan induk, FIFA mengumumkan bahawa akan melucutkan Indonesia sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) pada tahun ini di tengah-tengah pergolakan politik mengenai penyertaan Israel.

FIFA dalam satu kenyataan menyatakan,’ Keputusan itu dibuat ‘disebabkan keadaan semasa’.

“Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin, dengan tarikh kejohanan pada masa ini kekal tidak berubah”, katanya.

Kejohanan undian yang akan membabitkan 24 pasukan itu akan bermula pada 20 Mei yang dijadualkan di Bali, namun pihak FIFA membatalkan acara itu minggu lalu tanpa memberikan sebab yang lanjut atau menetapkan tarikh baharu.

Umum mengetahui bahawa Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi, malahan, menyokong perjuangan Palestin di negara dengan majoriti penduduk Islam mencetuskan penentangan rakyat tempatan bagi menerima kedatangan pasukan Israel.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan Islam konservatif berarak di ibu kota Jakarta bulan ini bagi membantah penyertaan negara itu termasuk gabenor Bali yang menggesa Israel disingkirkan daripada kejohanan itu

Menurut Pegawai Indonesia, kegagalan menjadi tuan rumah kejohanan itu juga boleh mengakibatkan sekatan yang akan menyebabkan pasukan Indonesia tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan bola sepak antarabangsa lain, seperti kelayakan untuk Piala Dunia dan Piala Asia.

Tambahan pula, ia juga akan mengakibatkan kerugian ekonomi ber trillion rupiah atas kegagalan menjadi tuan rumah.

Presiden Jokowi berkata, “Saya sudah mencuba yang terbaik. Selepas menyampaikan surat dan bercakap panjang lebar dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, kami mesti menerima keputusan FIFA untuk membatalkan penganjuran kejohanan yang kami nantikan.

Menurut Erick Thohir, ketua FA Indonesia, “Indonesia adalah ahli FIFA, jadi untuk urusan bola sepak antarabangsa, kami mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan. FIFA menganggap situasi sekarang tidak boleh diteruskan, kami mesti akur,” katanya.

Sumber: myTV Online

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini