WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

CHELSEA ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa yang diadakan pada bulan Ramadan itu membolehkan orang muslim berpeluang untuk membuka puasa bersama-sama - Kredit Foto Reuters


Back To Sports Updates

LONDON - Stamford Bridge, sekali lagi akan menjadi stadium Liga Perdana Inggeris dengan kerjasama Ramadan Tent Project menganjurkan majlis berbuka puasa kepada komuniti dan penduduk tempatan yang beragama Islam termasuk beberapa ahli masjid tempatan, penyokong Chelsea, pelajar sekolah dan kakitangan Chelsea yang turut hadir bersama.

Majlis berbuka puasa yang diadakan pada bulan Ramadan itu membolehkan orang muslim berpeluang untuk membuka puasa bersama-sama, di samping mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Menurut Paul Canoville, pemain pertama berkulit hitam yang beraksi untuk Chelsea dijemput untuk menjadi penceramah jemputan berkata, “Ia amat bermakna buat saya untuk melihat komuniti ini bersatu, itulah perkara penting dalam bola sepak-menyatukan masyarakat”.

“Ia juga merupakan satu pengalaman baru buat saya, dan saya pasti mahu melakukannya sekali lagi”, katanya.

Majlis berbuka puasa juga akan diadakan di beberapa lokasi seperti Brighton semalam, dan QPR (30 April), Aston Villa (5 April), dan Wembley (15 April).

Sumber: Daily Mail UK

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini