WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MANCHESTER CITY RANCAKKAN KEMBALI PEREBUTAN TAKHTA

GREALISH meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu City menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi EPL semalam. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Manchester City menjadikan perebutan kejua­raan Liga Perdana Inggeris musim ini bertambah menarik dan kemenangan 3-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates, awal pagi semalam melonjakkan pasukan itu ke puncak carta.

Bagaimanapun pengendali City akui anak buahnya berdepan detik mengerikan sepanjang babak pertama dan perubahan dilakukan semasa rehat menjadi titik tolak kepada kemenangan kali ini.

“Di babak pertama, mereka nyata pasukan yang lebih baik berbanding kami, namun City berjaya baiki situasi itu di separuh masa kedua. Separuh 45 minit pertama, kami boleh dianggap tidak bermain bola sepak kerana lebih banyak bertahan.

“Saya mencuba sesuatu yang baharu di babak pertama, namun ia jelas sesuatu yang mengerikan. Selepas aksi bersambung, kami buat sedikit perubahan dan cuba beri asakan lebih agresif kepada Martin Odegaard.

“Kami berjaya mengawal bola dan Erling Haaland juga me­lakukan perkara sama. Apabila berjaya tampil lebih agresif dan memenangi setiap perebutan, sudah pasti kami adalah pasukan lebih baik,” katanya.

Kevin De Bruyne membuka jaringan buat City, namun sepanjang 45 minit pertama Arsenal jelas lebih baik dengan memiliki tujuh percubaan hingga memperoleh gol penyamaan menerusi Bukayo Saka.

Di separuh masa kedua, perubahan dilakukan Guardiola menyaksikan The Gunners gagal me­lakukan sebarang percubaan dan kejayaan ini adalah kemenangan kelapan dalam sembilan pertemuan dengan Mikel Arteta.

Tempoh 20 minit terakhir menjadi detik menggembirakan buat City yang memperoleh dua gol menerusi Jack Grealish dan Haaland sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 51 mata, namun The Gunners yang jatuh ke tempat kedua masih kurang satu perlawanan.

“Kami kini berada di tangga teratas, namun mereka masih ada satu perlawanan dan kami masih ada banyak perlawanan yang perlu diharungi,” katanya.

Sementara itu, Grealish juga hampir senada dengan Guardiola dan merasakan Arsenal pasukan yang lebih baik, malah turut mengatakan Man. City lebih bernasib baik untuk catatkan kemenangan.

“Saya perlu bersikap jujur, saya tidak fikir yang kami beraksi dengan baik. Saya rasa Arsenal jauh lebih baik berbanding kami.”

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini