WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

CHELSEA PECAH REKOD EPL BELI FERNANDEZ

Chelsea menawarkan kontrak jangka panjang lapan tahun setengah kepada Fernandez yang dijangka tamat pada 2031


Back To Sports Updates

LONDON – Pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez akhir­nya sah menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dengan rekod perpindahan Bri­tain yang dilaporkan mencecah £106.8 juta (RM560.72 juta).

Pembelian pemain Benfica itu sekali gus meleburkan rekod terdahulu, £100 juta (RM525.02 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa pada 2021 bagi mendapatkan pemain sayap, Jack Grealish.

Bagaimanapun, ia tidak mudah buat The Blues bagi mendapatkan khidmat Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2022 itu memandangkan Presiden Benfica, Manuel Rui Costa berkeras tidak mahu melepaskan Fernandez yang dianggap sebagai aset pa­ling berharga.

Pada hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk semalam, Chelsea melakukan segala-ga­la­nya bagi membawa masuk pemain berusia 22 tahun itu ke Stamford Bridge, termasuk campur tangan pemilik bersama, Todd Boehly dan Behdad Eghbali.

Selepas beberapa perbinca­ngan serta rundingan dilakukan, Rui Costa akhirnya terpaksa mengalah dan membenarkan Fernandez untuk menyertai juara Eropah dua kali itu memandangkan dia sudah bersetuju lebih awal dengan terma peri­badi yang ditawarkan.

Walaupun sebelum ini Benfica berkeras meminta Chelsea membayar klausa pelepasan £105.8 juta (RM555.35 juta) dalam satu bayaran, namun mereka dikatakan bersetuju dengan enam kali bayaran menerusi pembayaran pertama bernilai £40 juta (RM210 juta).

Bagi mengelak dikenakan hukuman Peraturan Kewangan Adil (FFP), The Blues mengambil langkah bijak menawarkan kontrak jangka panjang lapan tahun setengah kepada Fernandez yang dijangka tamat pada 2031.

Kemasukan Fernandez ke Chelsea menyaksikan mereka menjadi pasukan paling banyak berbelanja pada jendela perpindahan kali ini dengan jumlah perbelanjaan £323.3 juta (RM1.69 bilion).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini