• LISTEN NOW ON AIR

    01/29/23 - 01/29/23

WHAT'S NEXT

01/29/23 - 01/29/23

MANCHESTER UNITED MARA KE SEPARUH AKHIR EFL

Para pemain meraikan jaringan Antony ketika menyaksikan United menewaskan Charlton Athletic pada aksi suku akhir EFL di Stadium Old Trafford


Back To Sports Updates

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag meletakkan sasaran untuk menamatkan kemarau trofi enam tahun The Red Devils selepas melangkah ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL).

Pada saingan tersebut Manchester United mengekalkan permainan terbaik mereka selepas berjaya menewaskan kelab divisyen tiga Charlton Athletic 3-0 awal pagi semalam.

Dua ledakan gol Marcus Rashford yang turun selaku pemain gantian mengesahkan kemenangan kelapan berturut-turut Uni­ted dalam semua kejohanan.

Kemenangan tersebut melegakan Ten Hag apabila United belum memenangi trofi utama sejak Jose Mourinho menjulang Piala EFL dan Liga Europa berganda pada 2017.

“Mara ke pusingan empat terbaik tiada apa-apa dan ia hanya mengenai kemenangan.

“Apa pun, saya cukup gembira kerana kami memulakan permainan dengan sangat baik dengan tenaga yang baik tetapi saya kurang puas hati kerana kami tidak klinikal depan gol.

“Kami mencipta peluang besar dan kemudian kami membuat gol cemerlang. Ia gol pasukan, tetapi penyudah daripada Antony adalah hebat.

“Saya fikir pada perlawanan tersebut kami tidak membenarkan mereka peluang untuk mencipta gol. Kami sepatutnya menamatkan perlawanan ini lebih awal,” kata Ten Hag.

United telah memenangi setiap perlawanan mereka sejak Piala Dunia dan Rashford kini telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini