• LISTEN NOW ON AIR

    01/29/23 - 01/29/23

WHAT'S NEXT

01/29/23 - 01/29/23

MARTINEZ SEDIA KEKALKAN KHIDMAT CRISTIANO RONALDO

MARTINEZ sah dilantik sebagai pengendali baharu Portugal menggantikan Fernando Santos dengan kontrak selama empat tahun. – AFP


Back To Sports Updates

LISBON – Pengurus baharu Portugal, Roberto Martinez bersedia untuk berikan ‘nyawa ke­dua’ buat Cristiano Ronaldo dan nama bintang Al Nassr sentiasa berada dalam senarai untuk dipanggil sertai skuad Selecao.

Sekalipun ramai melihat kualiti permainan bekas penyerang Manchester United, Juventus dan Real Madrid itu berada di ambang kejatuhan, Martinez berpendapat sebaliknya.

“Penilaian dalam bola sepak perlu diambil kira ketika aksi dalam padang kerana saya bukanlah individu yang membuat keputusan ketika berada di pejabat. Saya akan berhubung dengan semua 26 pemain yang sertai Piala Dunia sebelum ini.

“Ia akan menjadi detik permulaan untuk saya dan Cristiano juga turut berada dalam senarai itu. Dia sudah pun menghabiskan tempoh 19 tahun bersama skuad kebangsaan dan kami akan duduk bersama me­lakukan perbincangan,” katanya.

Tugasan pertama Martinez adalah bertemu Liechtenstein pada kempen kelayakan Euro 2024 yang dijangka pada Mac ini diikuti Iceland, Luxembourg, Slovakia dan Bosnia Herzegovina.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF), Fernando Gomez percaya kehadiran bekas pe­ngendali Belgium itu mampu menghadirkan sesuatu kepada skuad kebangsaan Portugal.

“Jurulatih baharu kami memiliki cita-cita tinggi, berpenge­tahuan tentang bola sepak antarabangsa dan sudah ter­biasa melatih pasukan terbaik di pertandingan tertinggi.

“Berdasarkan perbincangan awal dengan Roberto Martinez, kami dapati dia cukup sesuai untuk memenuhi segala apa yang diinginkan pasukan ini,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini